Sunday, September 18, 2011

Infidelity?? I hope not

Assalamualaikum, Salam sejahtera, how are you dear readers?

So, we meet again and this time =D

Today, I nak cerita ala-ala drama kat TV tu...agak la...tapi tak la terlalu drama macam kat TV tu...masih boleh control kot (boleh control part I kot, tak tau la part akak tu...teehee)

So, as the world know it, yesterday was sunday and of course, today is monday and we don't need any doctor to diagnose how lazy people are when they have to wake up really early in the morning especially monday morning to prepare oneself for work. *well, I do, I woke up late but luckily manage to arrive just in time*

I tak tau apa kena dengan I, takde la nak moody sgt *despite the fact that I have monthly visitor now...pffftt!! You don't know how many chocolate that I indulge into yesterday* 
My mood was just fine...I mean, just fine.

Ok, skg baru kita masuk cerita yg sangat bersangkut paut ngan tajuk besar kat atas sekali tu...
Tak, bukan I yang buat infidelity tu..*boyfriend pun takde, camne nak infidelity? Kalo ada boyfriend pun, tak kuasa I nak curang...Ya Allah, pelihara la aku dari sifat itu Ya Allah*
Ini sorg akak la...dia ni dari minggu lepas lg syok nak cite kat aku pasal "boyfriend" baru dia, sorg caucasian (OMPUTIH GILA!!!), tinggal kat NEW YORK, USA (OVERSEA TUH!!!), Muda (ntah la brapa dekad gap dia ngan akak ni), and and and...mamat tu is a US Military...something like that la, yg penting mamat tu army for USA.
Masuk minggu ni, pagi-pagi, akak tu nmpk je I masuk ofis terus kata kat I "Facebook tak dpt bukak, kena block". I pun naik binggung pesal dia nak bgtau kat I plak?? bukan I yg filter segala laman sesawang yang ofis ni browse =.="
lgpun I masuk ofis bukan nak dok bukak Facebook je memanjang...pagi ni takde niat nak bukak website tu..pagi ni I nak terus buat report, akak tu plak sebok sampaikan berita camtu (bajet CNN!)...bukan I kemaruk sgt nak bukak Facebook, tak hairan la...I kat umah, dlm tandas pun I boleh Facebook kalo I nak (I je tak nak...tak kan nak aibkan diri sendiri).
I tahap tak puas hati pun ada...bukan apa la, I bukan nak mengajar sape-sape, nak fire sesape ke, apa ke...tapi buat je la cite ni sebagai ikhtibar buat bakal-bakal dan isteri-isteri kat luar sana (juga pada diri sendiri); seburuk mana pun suami kita, dia tetap suami kita, sudah ada ikatan yang sah, jangan dipertikaikan lagi. Terima segala kelemahan dan kekurangan yang ada, sesungguhnya hanya Allah SWT yang sempurna. Janganlah kita curang, walaupun suami kita tak tau kecurangan itu, tetapi ketahui lah dan ingatlah, Allah SWT maha mengetahui sama ada yang kita zahirkan, mahupun yang tercetus dalam hati naluri kita...sekiranya perasaan malu itu tidak ada terhadap diri sendiri, malu lah pada Allah SWT kerana Allah SWT maha melihat setiap apa perbuatan kita.

Bukan I nak tazkirah atau berceramah, tapi seriously, I pantang bila somebody tu ada kecenderungan nak curang dengan partner sendiri...I mean, come on la..da berapa lama bersama, skg nak buat hal pulak..hal yang sekelip mata je da boleh runtuhkan kebahagiaan yang terbina selama ni..tak baik..

Mungkin akak ni boleh diselamatkan dari hanyut dan terus cair oleh mamat tu..ye la, I ada gak baca sikit apa private msg yg mamat tu send kat akak tu *da akak tu bagi tunjuk baca, I baca la..*...seriously...mamat tu jiwang tahap buku penulisan Romeo...tapi I yakin yang setiap cebis yg dia tulis tu, amik dari mana-mana buku je...*bukannya akak tu tau segala buku yang ada kat NY tu kan...teehee*
Tapi, seriously la...mmg tahap boleh mencairkan mana-mana wanita..*but for me, it's too cliche because I mcm pernah baca kat memana ayat mamat tu*
Nasib baik la I menolak bila akak tu nak bagi I bercakap kat fon bila mamat tu call akak tu aritu...*walaupun I ada American accent, tak kuasa I nak cari pasal...nak mamat tu tak puas hati, kang dia hantar bom pegi kawasan ni :-O*

Tapi apa-apa pun...I harap lah akak tu hentikan la dari contact mamat tu...takde maknanya...mamat tu maybe nak cari MILF je kot...ntah..tak tau dan I tak paham pesal dia nak berjiwang karat...lantak p la dia....I tak kisah..yg penting I tak kena-mengena...

Ok...I nak p jalan-jalan keliling ofis renggangkan otot

=3

No comments:

Post a Comment

What say you??~