Monday, November 21, 2011

Bagi saya...

Saya tak kisah kalau Pasukan Bola Sepak Malaysia ke Sukan SEA 2011 kalah di tangan tuan rumah...Saya akur sekiranya ia adalah permainan dan adil dan kedua-dua pihak menghormati antara satu sama lain. Bagi saya, kekalahan itu adalah sesuatu yang pasti, begitu juga dengan setiap kemenangan..Tahniah Harimau Muda...anda semua telah membanggakan semua rakyat Malaysia di serata dunia kerana kita adalah CHAMPION di SOUTH EAST ASIA!!!

**You guys make EVERYONE proud


Saya tak kisah dengan seribu kutukan mana-mana pihak tentang Malaysia...biar mencurah kutukan yang diterima, bagi saya, Malaysia adalah Tanah Tumpahnya Darahku...Saya bangga menjadi Rakyat Malaysia.

Tahniah kepada barisan Pasukan Bola Sepak Malaysia ke Sukan SEA yang telah berjaya membawa balik pingat emas. Walau beribu kutukan, walau jutaan individu yang mencaci anda semua di stadium tuan rumah, tetapi semangat Malaysia dan Harimau Muda tetap berkobar. Syabas!!!

Terima Kasih juga kepada anda semua kerana anda semua menunjukkan sportmanship yang terbaik. Semoga anda semua pulang ke tanah air dengan selamat.

Have a good rest to Team Malaysia...your journey is still long ahead.
But remember, I, NORAFIZAH BASIRIN, Always support you!!

CONGRATS!!!

Good night you sweet sweet people =)

P/s: Tak releven la nak minta declare cuti peristiwa esok hari..boleh buat negara byk kerugian. Jangan jadikan cuti peristiwa sebagai satu trend.

**Credit to Ayuni...saya amik gambar tu dari blog anda =3**

No comments:

Post a Comment

What say you??~